Thursday, 21 February 2013

Maafkan saya

Assalamualaikum.



Hehe, saya minta maaf sebab dah lama tak menulis di sini. Sebenarnya saya dah hampir-hampir terlupa tentang kewujudan blog ni. Haiiih, maafkan saya oke? Sepanjang menunggu result ni, saya langsung tak buat apa-apa benda yang normally budak lepasan SPM akan buat seperti bekerja, PLKN, ambil lesen. Hehe, sebab saya ni miskin so takleh la ambil lesen. 

Aktiviti saya setiap hari sama je. Makan tidur makan tidur. Saya pun dah lupa pasal nak karang novel tu. Okey la. Actually saya tak lupa cuma saya dah stop hantar karya saya sebab saya nak improve dulu skil menulis saya. Lagipun idea saya tak berapa nak mantap jadi lebih baik saya mantapkan idea saya dulu sebelum bagi orang baca. Saya taknak hasilkan karya yang tak bermakna dan tak ada mesej. 

Oh ya, lupa nak bagitau. Selain daripada makan tidur, saya main Plants VS Zombies sekarang. Heheh, dah takde kerja sangat la ni sampai duk main game  tiap-tiap hari. Anyway, game tu patut menang award lah. Sebab, game tu takdelah stupid sangat sebab dapat belajar susun strategi dan belajar kumpul dut untuk beli barang dan etc. Haha kelakar kan. Dulu, saya memang tak suka main game. Cuma sekarang je dah terlekat dengan game zombie ni. Plus kartun-kartun dia comel. Haha.


Okei, sampai sini jelah saya update. Hmm, bubye :)

Wassalam

No comments: