Thursday 21 February 2013

Maafkan saya

Assalamualaikum.



Hehe, saya minta maaf sebab dah lama tak menulis di sini. Sebenarnya saya dah hampir-hampir terlupa tentang kewujudan blog ni. Haiiih, maafkan saya oke? Sepanjang menunggu result ni, saya langsung tak buat apa-apa benda yang normally budak lepasan SPM akan buat seperti bekerja, PLKN, ambil lesen. Hehe, sebab saya ni miskin so takleh la ambil lesen. 

Aktiviti saya setiap hari sama je. Makan tidur makan tidur. Saya pun dah lupa pasal nak karang novel tu. Okey la. Actually saya tak lupa cuma saya dah stop hantar karya saya sebab saya nak improve dulu skil menulis saya. Lagipun idea saya tak berapa nak mantap jadi lebih baik saya mantapkan idea saya dulu sebelum bagi orang baca. Saya taknak hasilkan karya yang tak bermakna dan tak ada mesej. 

Oh ya, lupa nak bagitau. Selain daripada makan tidur, saya main Plants VS Zombies sekarang. Heheh, dah takde kerja sangat la ni sampai duk main game  tiap-tiap hari. Anyway, game tu patut menang award lah. Sebab, game tu takdelah stupid sangat sebab dapat belajar susun strategi dan belajar kumpul dut untuk beli barang dan etc. Haha kelakar kan. Dulu, saya memang tak suka main game. Cuma sekarang je dah terlekat dengan game zombie ni. Plus kartun-kartun dia comel. Haha.


Okei, sampai sini jelah saya update. Hmm, bubye :)

Wassalam

Tuesday 18 December 2012

The Beginning :)

Assalamualaikum.
Dan hai semua :)
Aku sebenarnya taktau nak post apa kat blog aku ni. Seriously, I'm bored. Aku ada jugak mengarang novel. Ecewah, novel. Actually, I'm not so good in writting. Tapi itu jelah benda yang boleh aku buat sepanjang cuti aku yang memang panjang ni. Aku ingat nak hantar kat Penulisan2u. Haha, macam best je. Tapi nak ke diorang publish karya aku tu? Emmm,, ...

Oh oh,,, lupa pulak nak bagitau. Aku sebenarnya budak lepasan SPM. Sepanjang nak tunggu result ni, aku taktau nak buat apa. So, itulah sebab utama aku start mengarang novel ni. Hehe :D Tapi aku pun tak pastilah sama ada Penulisan2u nak siarkan karya aku ke tidak sebab aku bukannya jenis suka buat ayat bunga-bunga ni. Aku bukan jiwang pun . I'm a hopeless romantic... Plus, masa aku sekolah dulu aku ambil pure science stream. Bukan aliran sastera pun. So, no wonder lah kalau cara aku menulis dan gaya bahasa aku tunggang-langgang.

And y'know what, aku rasa nak buat cerita yang lain daripada yang lain, so aku harap sangat ada orang yang sudi nak baca cerita aku. Please, do enlighten me. Hhahah,, lepas ni aku akan post dulu kat blog aku. Lepas tu baru aku boleh post kat Penulisan2u. So, kalau ada orang nak baca boleh pergi kat dua-dua website, kann? Itupun, kalau disiarkan lah. Hhaha... Arghh, sometimes aku rasa aku ni macam tak betul. Walaupun aku ada ramai kawan tapi aku tetap rasa yang aku ni bagaikan Forever Alone. Okeh, it sounds weird. :P
Tapi kau kenal tak sape Forever Alone. Takpe, meh aku kenalkan. Ni haa dia...


Serius cakap, Forever Alone comel kan. Haha,.. Emm, by the way, aku rasa tak lama je lagi aku nak post e-novel aku tu.. So, jangan lupa follow up blog aku. Aku stop sampai sini dulu lah. Oke baii.. See you next time :)

Wassalam,

Nuss :)